Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki tipu RM39,700, salah guna kenderaan dipenjara
Published on: Saturday, March 11, 2023
Published on: Sat, Mar 11, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki tipu RM39,700, salah guna kenderaan dipenjara
Kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, dan dengan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan. - Gambar Ilustrasi oleh Brilio.net
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 24 tahun dihukum penjara tiga tahun enam bulan serta tiga sebatan kerana menipu seorang lelaki sebanyak RM39,700 dan menyalahgunakan kenderaan orang lain.

Mohd Hairul Roslie mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, kepada dua pertuduhan terhadapnya pada Jumaat.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Hairul dijatuhi hukuman penjara dua tahun empat bulan dan dikenakan dua sebatan kerana menipu Syahrul Izuan Mohd Sam dengan memperdayanya bahawa dia (Hairul) boleh menguruskan penjualan kereta, menyebabkan Syahrul memberikan wang itu kepada Hairul.

Kesalahan itu berlaku pada jam 5.23 petang 7 Jan tahun ini di Cyber City Fasa 2, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, dan dengan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 14 bulan lagi dan dikenakan satu sebatan kerana secara tidak jujur menyalahgunakan kenderaan milik Rabdunieh Jalil di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Hairul menjalani hukuman penjara itu berturut-turut dari tarikh dia ditangkap. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here