Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasar Klang himpun lebih 300 produk IKS dari Sabah
Published on: Saturday, March 11, 2023
Published on: Sat, Mar 11, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pasar Klang himpun lebih 300 produk IKS dari Sabah
PHOONG (tiga, kanan) bersama Lim (empat, kanan) melakukan lawatan di Authentic Sabah Mart selepas majlis perasmian pasar berkenaan di GM Klang, pada Jumaat. – fotoBERNAMA
KLANG: Pusat borong GM Klang dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah pada Jumaat melancarkan ‘Authentic Sabah Mart’ yang menghimpunkan lebih 300 produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari negeri itu.Pengarah Urusan Pusat Borong GM Klang Datuk Lim Seng Kok berkata ia adalah langkah permulaan pihaknya ke arah menjadi pusat sehenti mempromosi produk tempatan dan jenama serantau di bawah satu bumbung.

Advertisement
Lebih menarik lagi, beliau berkata hab fizikal pertama yang menjual barangan IKS Sabah di Semenanjung Malaysia itu membolehkan para pengunjung mendapatkan produk daripada negeri di bawah bayu itu pada harga yang sama seperti di negeri asalnya.

“Perkembangan positif dapat dilihat di ‘Authentic Sabah Mart’ ini sejak ia beroperasi pada Disember lalu apabila pembekal produk-produk Sabah terus menambah stok-stok produk mereka atas permintaan ramai.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, kami berharap pada tahun 2023 ini akan menjadi tahun pembukaan untuk lebih banyak kedai sebegini supaya kita dapat sama-sama memartabatkan produk-produk tempatan kepada pengunjung-pengunjung luar,” katanya kepada pemberita .

Lim berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana agensi termasuk pihak kerajaan negeri dalam merancakkan IKS tempatan, khususnya menerusi penjualan produk di pusat borong tersebut.

Advertisement
Hadir sama Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Phoong Jin Zhe yang merasmikan hab tersebut. Turut hadir, Pengarah Urusan GM Klang Datuk Lim Seng Kok.

Advertisement
Mengulas lanjut, Phoong berkata tidak banyak produk IKS dari Sabah dijual di Semenanjung Malaysia kerana kos penghantarannya agak mahal.

Oleh itu, katanya, pembukaan hab jualan berkenaan membolehkan pengunjung termasuk pelancong luar membeli produk makanan dari Sabah, di samping merancakkan industri IKS negeri dan Malaysia amnya.

“Kita memilih Selangor khususnya GM Klang yang merupakan pusat borong terbesar di Malaysia untuk memasarkan produk IKS Sabah kerana lokasinya yang dekat dengan pelabuhan dan Kuala Lumpur.

“Ini hanya satu permulaan, oleh itu kita perlukan lebih banyak program untuk membantu lebih ramai usahawan Sabah untuk menambah baik mutu barangan dari segi rekaan dan bungkusan produk supaya ia lebih kompetitif serta sesuai dengan selera pelanggan di Semenanjung Malaysia,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here