Tenom: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM2 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Pusat Kebudayaan Murut Sabah di sini, bagi mengoptimumkan lagi tarikan pelancongan daerah itu.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan tiga komponen utama – pembinaan rumah atas pokok, replika kuburan dan Rumah Tengkorak.
“Projek ini akan menambah tarikan dan presentasi warisan budaya masyarakat etnik murut dalam kawasan pelancongan kebudayaan Murut Sabah kepada masyarakat,” katanya ketika melancarkan Pesta Kalimaran di Pusat Kebudayaan Murut Sabah, di sini, Sabtu.
Advertisement





