Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
102 kes tibi direkod di Kunak
Published on: Sunday, March 12, 2023
Published on: Sun, Mar 12, 2023
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
102 kes tibi direkod di Kunak
Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Kunak, Dr Izaidi Salman Yazid berkata, trend peningkatan kes tibi di daerah itu kini dalam pemantauan rapi. - Gambar News Medical (Untuk Tujuan Ilustrasi Sahaja)
KUNAK: Sejumlah 102 kes penyakit tuberkulosis (tibi) dilaporkan di Kunak dalam tempoh Januari hingga Jumaat (10 Mac), menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 83 kes dilaporkan tahun lalu.

Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Kunak, Dr Izaidi Salman Yazid berkata, trend peningkatan kes tibi di daerah itu kini dalam pemantauan rapi.

Advertisement
“Sehubungan itu, pihak Jabatan giat menjalankan program di lapangan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perlunya masyarakat membuat saringan kesihatan, khususnya untuk mengesan penyakit itu lebih awal,” katanya ketika ditemui semasa Program ‘Intensive Case Finding’ (ICF) – Tibi, yang diadakan di Dewan Kg Bagiang, pada Sabtu.

Hadir sama, Adun Kunak Norazlinah Arif yang merasmikan majlis, dan Penolong Pegawai Daerah Rubert Salimon.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Norazlinah menggesa komuniti kampung supaya sentiasa mengutamakan kesihatan dan aspek kebersihan.

“Saya menyeru masyarakat supaya mengutamakan aspek kebersihan. Jangan sambil lewa jika ada simptom tibi.
Advertisement
“Dapatkan rawatan di hospital dari peringkat awal supaya ia boleh dirawat dan dicegah daripada merebak,” kata Norazlinah.

Beliau juga mengajak masyarakat menjadikan aspek kebersihan sebagai budaya seharian agar hidup lebih sejahtera dan selesa.

Advertisement
Program di Kg Bagiang itu merupakan inisiatif untuk membolehkan penduduk sekitar memperoleh saringan tibi secara percuma, dengan matlamat untuk mencegah penularan jangkitan. Jabatan Kesihatan turut melaporkan empat kes tibi di Kg Bagiang setakat 10 Mac tahun ini, berbanding lima kes tibi sepanjang tahun lalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here