Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan akan mengkaji pemberian subsidi kepada pengusaha perniagaan yang menawarkan diskaun di bawah inisiatif Menu Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata tiada insentif diberikan kepada pemilik kedai, restoran atau pengusaha hotel setakat ini.
Hotel Elopura di Sandakan pada Sabtu menjadi yang pertama di negara ini menurunkan 20 peratus harga bilik dalam usaha memacu pelancongan domestik.
Advertisement





