SANDAKAN: Seorang ahli seumur hidup MCA di sini keluar dari parti itu untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).Datuk Chew Kok Woh yang juga pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) Karamunting, berkata beliau turut melepaskan semua jawatannya dalam MCA – parti yang disertainya sejak Disember 1991.
“Saya ingin berterima kasih kepada MCA kerana membimbing serta mendidik saya mengenai arena politik Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu.
Advertisement





