Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
AGC fail rayuan keputusan nyahklasifikasi laporan siasatan Double-Six
Published on: Tuesday, March 14, 2023
Published on: Tue, Mar 14, 2023
Text Size:
Text:
AGC fail rayuan keputusan nyahklasifikasi laporan siasatan Double-Six
Harris telah diberi kebenaran pada Ogos 2022 untuk memulakan prosiding Semakan Kehakiman bagi menyahklasifikasi laporan siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap nahas pesawat Nomad Double Six pada 1976, dan menamakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. 
Kota Kinabalu: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan laporan siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap nahas pesawat Nomad pada 6 Jun 1976, yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens, empat menteri Sabah dan enam yang lain, dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

Jabatan Peguam Negara bertindak bagi tiga perayu iaitu Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia, yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Christopher Chin yang dibuat pada 8 Mac.

Advertisement
Perayu, yang memfailkan rayuan pada 10 Mac, merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan penghakiman membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Mohd Salleh.

Harris telah diberi kebenaran pada Ogos 2022 untuk memulakan prosiding Semakan Kehakiman bagi menyahklasifikasi laporan siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap nahas pesawat Nomad Double Six pada 1976, dan menamakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 8 Mac, Chin mengeluarkan perintah mandamus mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah perlu untuk menyahklasifikasi dan/atau mendedahkan kepada umum laporan siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas nahas Pesawat Nomad 9M-ATZ di sini dalam tempoh tiga bulan iaitu 8 Jun tahun ini.

Hakim juga memutuskan bahawa jika pendedahan tersebut memerlukan, melalui perjanjian atau sebaliknya, tindakan serentak oleh kerajaan Australia, kerajaan Malaysia harus mengambil langkah segera untuk mendapatkan tindakan sedemikian bagi memudahkan nyahklasifikasi segera yang diarahkan itu.

Advertisement
Chin berkata memandangkan ciri unik kes itu dan pada asasnya bukan perkara dipertikaikan, tiada perintah mengenai kos diberikan.

Nahas 6 Jun 1976 yang melibatkan pesawat Nomad 9M-ATZ buatan Australia di Kota Kinabalu, mengorbankan 11 orang iaitu Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens ketika itu, Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Chong Thain Vun (Menteri Komunikasi dan Kerja Raya);

Advertisement
Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri), Wahid Peter Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan), Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi);

Johari (anak Tun Fuad), Kapten Gandhi Nathan (juruterbang), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad) dan Ishak Atan (pembantu eksekutif Tengku Razaleigh Hamzah).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here