Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Bicara kes lelaki didakwa rogol anak pada 21 April
Published on: Tuesday, March 14, 2023
Published on: Tue, Mar 14, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bicara kes lelaki didakwa rogol anak pada 21 April
Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Perbicaraan kes seorang lelaki berusia 45 tahun yang didakwa merogol anaknya dijadualkan semula pada 21 April ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh tersebut bagi lelaki itu apabila dia meminta penangguhan kerana dia ingin mendapatkan peguam.

Advertisement
Lelaki itu didakwa merogol anak perempuannya berusia 11 tahun pada jam 1.57 tengah hari 30 Dis 2021 di sebuah rumah di Inanam.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah melanjutkan ikat jamin yang ditawarkan kepada lelaki itu dan memberi amaran terakhir kepada tertuduh supaya tidak mendekati mangsa atau ibunya lagi.

Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin hadir untuk pendakwaan.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.

Chung Yun Siau mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Dia didapati mengambil dadah itu pada 31 Okt 2022 selepas air kencingnya disahkan positif dadah di Balai Polis Beaufort; dia juga mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah.

Selepas menjalani hukuman penjara, Chung diperintahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Dalam kes lain, seorang pendatang tanpa izin dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Ibni Musa ditahan pada 3 Mac tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumennya kepada polis di kawasan Bandaraya.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap, dan dirujukkan ke Jabatan Imigresen selepas hukuman penjaranya selesai untuk data biometriknya direkodkan sebelum dihantar pulang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here