Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kastam Sabah kutip lebih RM2 billion tahun lepas
Published on: Wednesday, March 15, 2023
Published on: Wed, Mar 15, 2023
Text Size:
Text:
Kastam Sabah kutip lebih RM2 billion tahun lepas
Hajiji percaya, selagi warga Kastam terus bekerja dengan etika perkhidmatan jabatan iaitu Amanah, Berkhidmat, Ikhlas, Dedikasi (ABID) lebih banyak hasil dapat dikutip kerana slogan ABID juga dapat membantu meningkatkan prestasi dan keunggulan imej JKDM. 
Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah yang berjaya memungut hasil sebanyak RM2,098,625,366.45 bagi tahun 2022, dapat mempertingkatkan lagi jumlah kutipan hasil pada tahun 2023.Katanya, peranan JKDM amat penting dalam pembangunan negara kerana kesemua hasil yang dikutip itu akan disalurkan untuk menjana projek-projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Advertisement
“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga JKDM Zon Sabah di atas kejayaan memungut hasil bagi tahun 2022. Saya berharap agar jumlah hasil pungutan ini dapat dipertingkatkan lagi bagi tahun 2023 ini.”
“Walaupun tahun 2023 merupakan tahun mencabar untuk penjawat awam terutamanya dari segi ekonomi. Sebagai pemungut hasil utama negara sudah pasti JKDM akan menempuh pelbagai rintangan dan cabaran ini”, katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Amal anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sabah di Grand Ballroom Shangrila Tanjung Aru Resort, pada Selasa. Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Advertisement
Hajiji percaya, selagi warga Kastam terus bekerja dengan etika perkhidmatan jabatan iaitu Amanah, Berkhidmat, Ikhlas, Dedikasi (ABID) lebih banyak hasil dapat dikutip kerana slogan ABID juga dapat membantu meningkatkan prestasi dan keunggulan imej JKDM. Katanya, JKDM layak digelar Wira Ekonomi Negara atas komitmen dalam meningkatkan ekonomi negara, selain telah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan fasilitasi dan kemudahan dalam menggiatkan pelabur luar terutama ke negeri Sabah.
Advertisement
Menurutnya, ekonomi gelap yang wujud daripada aktiviti penyeludupan yang berleluasa daripada sumber yang menyalahi undang-undang sebuah negara perlu dihapuskan serta merta kerana ia memberi impak negatif kepada negara. Beliau berkata, pihak Kastam harus sentiasa waspada dan bersiap sedia dalam usaha menghapuskan aktiviti penyeludupan dalam era dunia tanpa sempadan, yang menggunakan bantuan teknologi komunikasi dan maklumat terkini yang semakin canggih. “Justeru usaha harus dilipatgandakan bagi membanteras setiap bentuk kegiatan penyeludupan di negeri ini. Saya percaya Kastam mempunyai kekuatan yang cukup dari segi tenaga manusia, logistik dan sistem bagi menangani aktiviti penyeludupan di negeri ini. “Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan hasil negara tidak jatuh ke tangan yang tidak berhak”, tegasnya. Hajiji berharap warga JKDM mengamalkan integriti yang kukuh dan utuh dalam melaksanakan tugas dan menolak budaya rasuah agar tidak menjadi amalan di negara ini. Tanpa integriti yang kukuh dan utuh, sudah pasti sesebuah negara itu akan musnah. Beliau juga berharap berharap warga JKDM terus berganding bahu dan berusaha keras untuk membantu negara memacu semula pertumbuhan ekonomi ke suatu tahap yang lebih baik.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here