Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Sabah cadang ambil semula kuasa pelancongan
Published on: Wednesday, March 15, 2023
Published on: Wed, Mar 15, 2023
By: Wu Vui Tek
Text Size:
Text:
Kerajaan Sabah cadang ambil semula kuasa pelancongan
“Saya juga telah membincangkan perkara itu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan beliau sangat positif mengenainya kerana kami mahu menjaga rumah kami sendiri,” kata Joniston.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah bercadang untuk mengambil semula kuasa pelancongan dan meletakkannya di bawah bidang kuasa negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata kini pelancongan negeri berada di bawah senarai persekutuan dan Kerajaan Negeri mahu mengambil semula kuasa itu.

Advertisement
Beliau mendedahkan bahawa Kerajaan Sabah telah memulakan perbincangan mengenai perkara itu kerana negeri itu mahu menguruskan pelancongan sendiri.

“Saya juga telah membincangkan perkara itu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan beliau sangat positif mengenainya kerana kami mahu menjaga rumah kami sendiri,” kata Joniston semasa taklimat mengenai standard inap desa Asean dan standard pelancongan berasaskan komuniti Asean yang dihoskan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sebuah hotel di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Taklimat itu dihadiri lebih 100 pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di seluruh Sabah, yang mencerminkan kesedaran dan minat mereka untuk membangunkan pelancongan luar bandar, katanya.

Perkara pelancongan di Sabah telah diletakkan di bawah senarai persekutuan pada 1994, berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
Beliau berkata terdapat banyak perkara yang perlu diteliti oleh negeri termasuk kesediaannya sebelum boleh mengambil semula kuasa itu dan juga berharap ia akan mendapat sokongan daripada semua pihak.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga bercadang untuk meminda enakmen STB bagi memasukkan pembangunan memandangkan kini lembaga itu memberi tumpuan kepada pemasaran dan promosi.

Advertisement
“Kita mahu STB lebih holistik untuk turut fokus kepada aspek pembangunan lebih-lebih lagi sekarang ini kita mahu membangunkan sektor pelancongan luar bandar.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelancongan (Datuk Christina Liew) untuk mungkin meminda enakmen STB untuk memasukkan pembangunan terutamanya sekarang kami mahu membangunkan pelancongan luar bandar,” kata Joniston.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here