SERAMAI tujuh ahli Pengakap Kelana A (Arrow) Daerah Sembulan berjaya menamatkan Kem Pengembaraan Berjalan Kaki 60 kilometer selama tiga hari bermula 11 Mac hingga 13 Mac 2023.Tujuh pengakap tersebut iaitu Pengarah Program Amanda Erianna Ambrose, 24, Eleazar Mikhael Edward, 24, Aisyah Nadiah Yunus, 23, Jessica Wong Yee Ven, 23, Christian Lopez Lawrence, 23, Baby Nur Izzah Syahirah Jumatin, 23, dan Dayang Syariena Ahmad Rosdin, 21.
Objektif Kem Pengembaraan Berjalan Kaki 60 kilometer ini merupakan syarat bagi membolehkan seseorang ahli Pengakap Kelana itu mendapatkan Lencana Pengembaraan iaitu salah satu lencana wajib bagi mendapatkan Anugerah BP (Baden-Powell), anugerah tertinggi bagi seorang Pengakap Kelana.
Advertisement





