Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
5 pemandu mabuk didenda RM50,750
Published on: Wednesday, March 15, 2023
Published on: Wed, Mar 15, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
5 pemandu mabuk didenda RM50,750
Sylvester diperintah membayar denda RM10,300 atau penjara tiga bulan dan dipenjara sehari atas kesalahan yang dilakukan di sepanjang Jalan Kepayan pada 11.30 malam 23 Nov 2022.
Kota Kinabalu: Lima lelaki didenda sejumlah RM50,750 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Trafik di sini pada Selasa kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Sylvester Honorius, Railly Kausu, Danny Ng, Shanipal Singh dan Alvin Adrian, berusia antara 24 dan 39 tahun, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu di jalan berlainan di sini.

Advertisement
Sylvester diperintah membayar denda RM10,300 atau penjara tiga bulan dan dipenjara sehari atas kesalahan yang dilakukan di sepanjang Jalan Kepayan pada 11.30 malam 23 Nov 2022.

Railly didenda RM10,250 atau penjara tiga bulan dan dipenjara sehari atas kesalahan yang dilakukan di Jalan Bundusan pada jam 10.09 malam 10 Sept 2021, manakala Danny didenda RM10,200 atau penjara tiga bulan dan dipenjara sehari kerana melakukan kesalahan itu di Jalan Lintas pada pukul 2 pagi 25 April tahun lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shanipal dan Alvin masing-masing diperintah membayar denda RM10,000 atau penjara tiga bulan dan penjara sehari bagi kesalahan yang dilakukan di Jalan Coastal, masing-masing pada 11.52 malam 31 Dis 2021 dan pada 1.15 pagi 4 Mei tahun yang sama.

Mereka berlima memohon hukuman ringan. Majistret memerintahkan lima tertuduh menjalani hukuman penjara sehari mereka berkuat kuasa Selasa.

Advertisement
Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000. Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa trafik Mohammad Khairul Nizam Mokhtar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here