Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tambuakar Muaythai Papar juara keseluruhan Sabah Muaythai Expo 2023
Published on: Thursday, March 16, 2023
Published on: Thu, Mar 16, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Tambuakar Muaythai Papar juara keseluruhan Sabah Muaythai Expo 2023
PASUKAN Tambuakar Muaythai Papar.
Kota Kinabalu: Tambuakar Muaythai Papar merangkul gelaran keseluruhan pada pertandingan Sabah Muaythai Expo Road To Saga 2023 yang diadakan di Kota Marudu minggu lepas.

Mereka memenangi sejumlah lapan emas, 10 perak dan 16 gangsa untuk muncul juara dan naib juara ialah D’Sha Muayfit Tawau dengan lapan emas, lima perak dan tiga gangsa, disusuli PMD Kota Kinabalu dengan lapan emas, empat perak dan enam gangsa.

Advertisement
Pertandingan tiga hari anjuran Persatuan Muaythai Sabah (SMA) dengan kerjasama Persatuan Muaythai Daerah Kota Marudu itu menarik kira-kira 150 atlet berusia 8-25 tahun dari seluruh Sabah termasuk tetamu jemputan dari Sarawak dan Johor.

Presiden SMA Hj Nazri Abd Razak berkata kejohanan itu adalah untuk mempromosikan sukan itu di daerah ini dan juga Sukan Sabah yang akan berlangsung hujung tahun ini di Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah permulaan musim untuk sukan itu dan kami kagum dengan sambutan positif dengan penyertaan semua daerah membabitkan kanak-kanak dan remaja.

“Misi kami adalah untuk mencari bakat dan juga sebagai platform bagi setiap daerah untuk memilih atlet masing-masing ke Sukan Sabah     hujung tahun ini, dan kami
Advertisement
menghargai mereka yang terlibat dalam membantu penganjuran kejohanan itu,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Hendrus Amding.

Advertisement
Sementara itu, SMA dan Kementerian Belia dan Sukan turut menganjurkan kursus asas kejurulatihan muaythai yang dihadiri seramai 50 orang serta kursus pengadil dan teknikal yang disertai seramai 35 orang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here