Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peniaga bazar Ramadan Sabah diingatkan tidak naik harga sewenangnya
Published on: Friday, March 17, 2023
Published on: Fri, Mar 17, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Peniaga bazar Ramadan Sabah diingatkan tidak naik harga sewenangnya
Gambar fail oleh Bernama
KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Sabah diingatkan supaya tidak menaikkan harga juadah makanan dengan sewenang-wenangnya sempena Ramadan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau berkata peniaga juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan.

Advertisement
“Dengan adanya bazar Ramadan ini para pengguna juga diingatkan agar berbelanjalah dengan bijak dan menjaga keselamatan semasa berkunjung ke bazar nanti dan kepada peniaga, harga juadah perlulah berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis pelancaran Jelajah Ramadan RTM di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital yang turut dihadiri Pengarah Program Radio Nor’ain Bakir di sini hari ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here