Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ancaman keselamatan di Sabah tidak dipandang ringan
Published on: Friday, March 17, 2023
Published on: Fri, Mar 17, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ancaman keselamatan di Sabah tidak dipandang ringan
Ruzelme berkata TLDM juga mempunyai jaringan maklumat risikan dengan agensi keselamatan lain bagi mengukuhkan keselamatan di perairan negara selain aset juga digerakkan di Esszone untuk menjalankan operasi bagi memberi keyakinan kepada masyarakat tentang langkah yang dilaksanakan pasukan keselamatan negara.
Kota Kinabalu: Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dan tidak pernah memandang ringan terhadap apa pun ancaman keselamatan di Sabah termasuk jenayah rentas sempadan.

Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata pasukan keselamatan sentiasa bersama dalam mengatur gerak bagi memastikan negeri itu terutama di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) sentiasa selamat.

Advertisement
“TLDM bersama agensi keselamatan lain akan memastikan perairan negara khususnya Esszone tidak lagi diceroboh pengganas Sulu.

Kita masih tidak boleh memandang ringan terhadap sebarang ancaman (keselamatan) dalam bentuk apa juga di kawasan Pantai Timur (Sabah) seperti penculikan, rompakan di laut dan jenayah rentas sempadan masih ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East 1/2023 di Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM Teluk Sepanggar di sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada Februari 2013, sekumpulan 100 pengganas Sulu dari Selatan Filipina, mendarat di pantai Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga mencetuskan pertempuran berdarah, mengakibatkan 10 anggota pasukan keselamatan dilaporkan terkorban, manakala sekurang-kurangnya 68 pengganas Sulu ditembak mati.

Setelah tragedi hitam itu berakhir, Tanduo dijadikan kem tentera pada 15 Mac 2013 di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pewujudan kem tentera adalah usaha kerajaan memantau anasir jahat, khususnya bagi memastikan insiden di Kampung Tanduo itu tidak berulang.

Advertisement
Beliau berkata TLDM juga mempunyai jaringan maklumat risikan dengan agensi keselamatan lain bagi mengukuhkan keselamatan di perairan negara selain aset juga digerakkan di Esszone untuk menjalankan operasi bagi memberi keyakinan kepada masyarakat tentang langkah yang dilaksanakan pasukan keselamatan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here