Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tekun Nasional sedia dana RM5 juta untuk usahawan tamu
Published on: Saturday, March 18, 2023
Published on: Sat, Mar 18, 2023
Text Size:
Text:
Tekun Nasional sedia dana RM5 juta untuk usahawan tamu
Gambar fail oleh Bernama
KOTA BELUD: Tekun Nasional memperuntukkan RM5 juta bagi membantu usahawan di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (Sput), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. 

Program itu, katanya, dijangka akan memanfaatkan seramai 1,000 usahawan informal dan mikro.  

Advertisement
Sput adalah pembiayaan mikro berkumpulan bagi usahawan pasar tamu untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Usahawan di pasar tamu layak memohon pembiayaan Sput sehingga RM5,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Skim pembiayaan ini menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan tertaluk kepada terma dan syarat pembiayaan Tekun Nasional,” katanya pada majlis pelancaran Sput, di sini, hari ini.

Sehingga kini seramai 57 usahawan telah mendapat pembiayaan di bawah Sput dengan nilai RM525,000. 

Advertisement
Daripada jumlah tersebut 41 orang terdiri daripada usahawan negeri Sabah dengan nilai RM177,000 dan bakinya dari negeri Sarawak dengan nilai pembiayaan RM75,000.  
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here