Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kenderaan perdagangan wajib pasang GPS: LPKP Sabah
Published on: Saturday, March 18, 2023
Published on: Sat, Mar 18, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kenderaan perdagangan wajib pasang GPS: LPKP Sabah
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan peraturan itu dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama bermula Rabu lepas (15 Mac) apabila semua pemegang lesen bas ekspres, lesen pembawa A dan C diwajibkan memasang alat tersebut. - Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja oleh Wikimapia
Kota Kinabalu: Semua kenderaan perdagangan Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan serta mana-mana kenderaan perdagangan dari luar yang ingin beroperasi di negeri itu diwajibkan memasang alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan peraturan itu dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama bermula Rabu lepas (15 Mac) apabila semua pemegang lesen bas ekspres, lesen pembawa A dan C diwajibkan memasang alat tersebut.

Advertisement
Katanya pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan.

“Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah pada 27 Feb lalu serta Seksyen 19(2), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah yang mana peraturan ini terpakai kepada semua jenis urusan permohonan baharu, memperbaharui, permohonan semula serta ubah syarat lesen kenderaan perdagangan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut kenyataan itu, bagi pelesen yang ingin memasang GPS pada kenderaan mereka, pemasangan hendaklah dibuat oleh syarikat yang diperakui oleh mesyuarat anggota lembaga LPKP Sabah, yang boleh disemak menerusi laman sesawang LPKP Sabah.

Bagaimanapun, katanya LPKP Sabah boleh membenarkan mana-mana pelesen yang telah memasang atau ingin memasang alat GPS daripada syarikat yang tidak disenaraikan, dengan syarat memenuhi parameter yang ditetapkan oleh LPKP Sabah.

Advertisement
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang LPKP Sabah www.lpkpsabah.gov.my. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here