Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
BOLA SEPAK – Liga Super: Sabah FC belasah Penang FC
Published on: Sunday, March 19, 2023
Published on: Sun, Mar 19, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
BOLA SEPAK – Liga Super: Sabah FC belasah Penang FC
DARREN Lok (kanan) beraksi ketika perlawanan menentang Penang FC, malam Jumaat lalu.
Kota Kinabalu: Sabah FC membelasah Penang FC 5-2 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas pada malam Jumaat lalu.

Pada perlawanan penuh dramatik tersebut, kapten Park Tae-su menanduk masuk gol pembukaan selepas hanya tiga minit daripada sepakan sudut yang diambil oleh Jailton Paraiba.

Advertisement
Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan selama empat minit apabila rembatan Hassan Saad dari luar kotak penalti berjaya menemui jaringan untuk gol penyamaan.

Sabah FC kembali mendahului sebelum tamat separuh masa pertama apabila Darren Lok menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan oleh penjaga gol pasukan pelawat beberapa minit sebelum itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menerima sokongan padu kira-kira 12,000 penyokong di stadium, pasukan tuan rumah kelihatan lebih mengancam pada permulaan babak kedua dan mereka mendapat gol ketiga melalui Daniel Ting yang melakukan rembatan melepasi jangkauan penjaga gol selepas satu lagi bantuan daripada Jailton pada minit ke-55.

Lima minit kemudian, Park menemui jaring sekali lagi, menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu menerusi rembatan jarak dekat selepas menerima hantaran Saddil Ramdani.

Advertisement
Pemain import Penang, Adriano Narcizo berjaya mengurangkan defisit pada minit pertama masa kecederaan dengan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan memberikan penalti kerana kekasaran terhadap seorang pemain Penang FC, walaupun video ulang tayang menunjukkan sentuhan berlaku di luar kotak penalti. Lebih banyak drama menyusul apabila satu lagi penalti diberikan dan kali ini memihak kepada Sabah FC pada minit ke-102 yang disempurnakan oleh pemain gantian Rizal Ghazali.

Advertisement
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee terpaksa menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton berikutan kad merah yang diterima pada perlawanan terdahulu dan penolongnya Rastislav Bozik mengakui pasukan itu bermula perlahan tetapi berjaya meningkatkan permainan pada separuh masa kedua.

“Kami agak perlahan pada awal permainan tetapi cukup cekap untuk menjaringkan dua gol dari sepakan sudut dan penalti.

“Pemain diminta untuk lebih banyak menggerakkan bola semasa rehat di bilik persalinan. “Itu memberi kami lebih banyak pilihan dan mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa kedua, dan kami kelihatan lebih baik,” katanya selepas perlawanan. Sementara itu, Sabah FC kekal di tempat kedua dalam carta di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim FC, yang akan menjadi lawan mereka yang seterusnya pada 31 Mac.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here