KUDAT: Umpama memberi sinar baharu, Petronas dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan program pemasangan sistem tenaga solar yang memberi manfaat kepada kira-kira 700 penduduk di tiga kampung di Pulau Banggi, dekat sini.Kerjasama melalui anak syarikat Petronas iaitu Petronas Floating LNG (PFLNG) tersebut telah melepasi fasa pertama selepas pemasangan sistem tenaga solar dan berfungsi sepenuhnya, masing-masing di surau Kampung Rahmat, Semayan dan Dogoton.
Ketua Pegawai Eksekutif PFLNG, Azrul Roshazli berkata, fasa seterusnya adalah pemasangan sistem itu di sebanyak 140 rumah di tiga kampung berkenaan, yang dijangka siap menjelang September tahun ini.
Advertisement





