Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Joyce rangkul gelaran Wanita Terkuat Kedah
Published on: Monday, March 20, 2023
Published on: Mon, Mar 20, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Joyce rangkul gelaran Wanita Terkuat Kedah
JOYCE bersama trofi kemenangan.
Kota Kinabalu: Joyce Heng dari Sabah memulakan musim baharu dengan bergaya apabila mudah memenangi gelaran Wanita Terkuat Kedah di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Beliau mengumpul sejumlah 48 mata dalam empat disiplin (Log Press Ladder -12, Yoke & Farmers’ Medley -12, Car Deadlift -12, Tyre Flips & Truck  Pull -12) untuk mengungguli saingan dan membawa pulang hadiah tunai RM1,500.

Advertisement
Tempat kedua ialah Hurun Ain Hassan dari Johor dengan 34 mata disusuli atlet dari Selangor, Abiramy Divyadarshini di tempat ketiga dengan 30 mata.
Menurut beliau, sasarannya yang seterusnya ialah Arnold European Strongwoman Championship yang dijadualkan pada 13-15 Oktober di Madrid, Sepanyol.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah acara antarabangsa yang sangat besar dengan kehadiran pesaing utama dunia dan kali terakhir saya bertanding di Arnold Classic adalah pada 2018 di Afrika di mana saya berjaya menduduki tempat ketiga.

“Kos tentunya tidak murah dan saya berharap Kementerian Belia dan Sukan akan membantu saya dari segi kewangan untuk menampung sekurang-kurangnya tambang penerbangan dan yuran pendaftaran saya,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Marjorie Divioh Bantoi dan Hazel Immaculate Hitor adalah dua lagi wakil wanita dari Sabah yang masing-masing menduduki tempat ketujuh dan kesembilan, manakala seorang lagi atlet Sabah, Nathan Martinus menduduki tempat ketujuh dalam kategori lelaki.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here