PAITAN: Masyarakat Dusun Tombonuo khususnya generasi muda digesa memelihara warisan budaya tradisi masyarakat agar tidak lenyap ditelan zaman.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, ini amat penting kerana tanpa disedari, warisan budaya tradisional kini berdepan ancaman kepupusan.
“Budaya tradisional merangkumi amalan dan cara hidup pelbagai kaum dan kaum di negeri ini termasuk bahasa ibunda, pakaian, makanan, adat resam, kesenian dan sebagainya.
Advertisement





