MATUNGGONG: Pelajar-pelajar yang akan memasuki tahun pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dinasihatkan agar bertanggungjawab atas kebebasan dan masa yang ada di tangan mereka demi masa depan sendiri.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Datuk Julita Majungki menyeru golongan pelajar ini agar belajar bergaul dan memilih kawan serta komuniti yang boleh mendorong mereka ke arah membentuk sikap yang baik.
“Bermulalah dengan baik di tahun satu supaya Mudah untuk mengekalkan kecemerlangan sehingga selesai pengajian,” katanya.
Advertisement





