Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Joki wanita pertama, termuda di Malaysia
Published on: Tuesday, March 21, 2023
Published on: Tue, Mar 21, 2023
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Joki wanita pertama, termuda di Malaysia
ISABELLE bersama seekor kuda miliknya.
Tuaran: Anak jati kelahiran Sabah, Isabelle Lonjuing Sayeed sekali lagi mengharumkan nama negara apabila mencipta rekod sebagai joki wanita pertama dan termuda dalam sukan lumba kuda di Malaysia.

Sebelum ini, remaja kelahiran daerah Penampang itu mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai kapten polo termuda di Asia Tenggara pada 2021 menerusi catatan rekod Academy Polo Kuala Lumpur.

Advertisement
Malahan, Isabelle yang kini berusia 16 tahun itu pernah menerima lesen pelatih profesional dan Stable Agent pada 2020 daripada Royal Sabah Turf Club (RSTC), sekali gus menjadi pelatih serta penunggang kuda termuda di dunia ketika itu.

Demi minat mendalam dan mahu mengetengahkan sukan lumba kuda di tanah kelahiran, Isabelle terus mempergiat usahanya untuk menguasai 100 peratus bidang terbabit untuk bergelar seorang joki wanita.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain menjadi kapten pasukan polo wanita di Sabah iaitu El Viento Polo Team ketika ini, baru-baru ini saya menerima lesen joki daripada RSTC selepas menyertai beberapa sesi latihan sekaligus menjadi joki wanita pertama dan termuda di Malaysia,” ujarnya. Menurut Isabelle, dia yang menjalani latihan di bawah jurulatih joki sukan lumba kuda RSTC, Mohammad Sairee itu turut menerima sokongan dan bimbingan penuh dari Presiden RSTC, Datuk Peter Chin Tet Fong.

Advertisement
Berkat jurulatihnya, Susan Peggy Doughlas yang melatih Isabelle sejak usia lima tahun di Glenora Stable Beringgis Papar, Isabelle menggunakan ilmu dan pengalamannya dalam semua aspek pengurusan termasuklah perlumbaan kuda di ILS Stable Horse yang kini dikendalikannya di RSTC, Kampung Tambalang, Tuaran.

“Di sini, saya mengadakan kelas menunggang kuda setiap hari bergantung jadual yang ditetapkan antara pelatih di RSTC untuk melatih dan memperkenalkan sukan lumba kuda kepada peminat kuda.

Advertisement
“Saya mempunyai 20 ekor kuda yang digunakan untuk kelas menunggang kuda termasuklah sebahagiannya digunakan untuk acara perlumbaan pada hujung minggu.

“Menerusi kelas ini, saya akan berkongsi ilmu kepada pelatih baru atau pelajar mengenai teknik menunggang kuda, penjagaan dan rawatan kuda, jadual pemakanan, latihan kecergasan, peraturan, keselamatan menunggang dan sebagainya.

“Tidak mudah menjadi seorang pelatih, penunggang perlu mahir dalam semua aspek ini dan barulah mudah menjinakkan kuda dan bersedia menghadapi segala cabaran memandangkan ia adalah sukan yang lasak serta berisiko untuk cedera,” ujarnya.

Menceritakan pengalamannya sepanjang berlatih, antaranya, Isabella pernah mengalami kecederaan di tubuh badan akibat dipijak kuda selepas terjatuh ketika mengadakan sesi latihan menunggang kuda.

“Penat lelah mengurus kuda itu sudah menjadi perkara biasa namun seperti yang saya katakan, pelatih perlu lebih berhati-hati dan bersedia mengalami risiko cedera sekiranya berlaku kemalangan.

“Sejak usia 15 tahun sehingga hari ini, saya sudah jatuh sebanyak 33 kali ketika berlatih menunggang lebih aktif di bawah bimbingan jurulatih Susan Peggy Doughlas,” ujarnya.

Selain itu, Isabelle yang menternak 20 ekor kuda juga turut menyediakan khidmat merawat, pembiakan dan penjualan kuda di bawah ILS Stable Horse, RSTC Tuaran.

Isabelle yang gemar mengambil gambar alam dan memasak sebagai hobi itu, pernah diberi penghargaan daripada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam membimbing penuntut dalam kelas sains equine melibatkan reproduksi, fisiologi dan perilaku haiwan kuda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here