Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Salah guna dadah antara punca kes cerai meningkat
Published on: Wednesday, March 22, 2023
Published on: Wed, Mar 22, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Salah guna dadah antara  punca kes cerai meningkat
JAMES menyampaikan sijil kepada salah seorang penceramah dalam program tersebut. James
RANAU: Masalah penyalahgunaan dadah membawa kepada peningkatan kes cerai di negara ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib.

“Perceraian membabitkan masalah kewangan berikutan kesan penagihan dadah adalah masalah lazim yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.

Advertisement
“Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2019 menunjukkan 83 peratus atau 309 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berpunca daripada penagihan dadah dalam keluarga,” katanya, di sini, Selasa.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Program Tabah dan Program Kempen Keluarga Daerah Ranau yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, pada Selasa. Program itu dianjurkan bersama oleh Biro Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) dan Pemadam Sabah. dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
James yang juga Pengerusi Pemadam Sabah berkata, terdapat penagih dadah dalam fasa ketagihan bertindak memukul isteri untuk mendapatkan wang dan mencuri barang kemas serta wang ahli keluarga.

Tambahnya, kehancuran institusi kekeluargaan juga berlaku atas faktor penjagaan isteri dan anak kerana penagih dadah membelanjakan wang mereka untuk membeli dadah.

Advertisement
Keadaan ini, katanya, menyebabkan isteri terabai dari segi ‘nafkah’ dan terpaksa bertindak dengan memfailkan cerai.

Menurut James, terdapat banyak kes jenayah ringan dan berat yang berlaku membabitkan penagihan dadah.

Advertisement
“Kejadian seperti pecah rumah, kecurian, kes bunuh dan juga pembunuhan yang semuanya ada kaitan dengan masalah pengaruh dadah.

“Awal 2022, negara kita dikejutkan dengan berita penagih dadah memenggal kepala ibunya yang berusia 56 tahun di salah sebuah negeri di Semenanjung, selepas gagal mencari wang untuk membeli dadah.

“Kejadian sebegini menunjukkan betapa besarnya pengaruh dadah terhadap masyarakat hari ini. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat kini menjadi ancaman, khususnya kepada golongan muda yang terjejas,” katanya.

Menurut James, masalah penagihan dadah melampau menyebabkan penagih dadah hilang kawalan atau gagal mengawal nafsu. Keadaan ini menyebabkan segelintir penagih dadah melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri, merompak, dan dalam beberapa kes, membunuh sebagai jalan mudah untuk mendapatkan sumber kewangan.

Penagih dadah mempunyai kecenderungan tinggi untuk melakukan kegiatan jenayah mencuri dan merompak sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Bagaimanapun, tambah James, penyalahgunaan dadah tidak mengenal faktor usia.

“Turut membimbangkan apabila terdapat kes kanak-kanak seawal usia 8 tahun menunjukkan petanda awal terjebak dengan penagihan dadah apabila menghisap rokok dan menghidu gam.

“Aktiviti merokok adalah permulaan golongan muda terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Justeru, langkah pencegahan perlu dimulakan dari peringkat awal lagi. Rakyat juga harus bekerjasama dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan memperkasakan institusi keluarga dan agama,” katanya.

Program Tabah adalah program kesedaran dan motivasi kepada masyarakat setempat tentang bahaya penyalahgunaan dadah, manakala Program Kempen Keluarga adalah program khas untuk pendedahan warga emas dan kemahiran.

Program ini dilancarkan pada 9 Mac lalu di daerah kecil Paitan dan akan disusuli di Kunak, Kudat dan Nabawan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here