Telipok: Pelajar sekolah adat (SA) adalah penjaga masa depan budaya, tradisi, adat dan bahasa, manakala tenaga pengajar adalah pembawa obor warisan budaya serta tradisi komuniti etnik di Sabah.Kenyataan Timbalan Pengarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Jeannet Stephen ini menggambarkan dengan jelas peranan dua generasi tersebut yang saling memerlukan demi kesinambungan amalan-amalan lama yang semakin dilupakan.
“Komitmen para pelajar untuk mengetahui mengenai budaya dan bahasa adalah bukti kepada perwatakan positif serta kekuatan komuniti mereka,” katanya, menggesa orang muda mengambil peluang untuk belajar daripada orang tua-tua dan pengamal tradisi dengan menyertai SA.
Advertisement





