MENTERI Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya mengenai penswastaan Jabatan Air Sabah (JAS).
Beliau berkata terdapat kebaikan dan keburukan tetapi Kerajaan perlu terlebih dahulu menyelesaikan isu-isu seperti pemindahan pegawai JAS dan kemudian enakmen dan undang-undang bagi perkhidmatan air.
“Ia adalah satu pilihan yang kita sedang teliti,” katanya, selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Indeks Akauntabiliti Kerajaan Negeri di Sutera Harbour bagi memudahkan audit kewangan dan kawalan dalaman agensi.
Beliau menggesa penjawat awam supaya menjadi seperti ‘Ah Long’ apabila menuntut cukai jualan tertunggak.
“Sesetengah (agensi) membiarkan syarikat terlepas selama bertahun-tahun manakala yang lain tidak menghantar satu pun surat pembayaran.
“Kita harus lebih proaktif. Lagipun ia adalah wang rakyat dan ia harus dibayar sepenuhnya.
“Penjawat awam mempunyai pemikiran buat atau tidak mereka akan tetap mendapat gaji hujung bulan, berbanding sektor swasta yang sentiasa mengambil risiko. “Kita baru-baru ini mengutip RM20 juta hasil cukai jualan dan itu baru sebahagian kecil.
“Apa yang baiknya ialah syarikat-syarikat ini membayar sekarang.
“Kita semua sepatutnya harus melakukan tugas yang diberikan dan nyatakan kesan jika tidak membayar atau Sabah akan terus kerugian,” katanya.