Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Saintis Sabah buat penyelidikan di Antartika
Published on: Thursday, March 23, 2023
Published on: Thu, Mar 23, 2023
Text Size:
Text:
Saintis Sabah buat penyelidikan di Antartika
HAJIJI (kiri) menyerahkan bendera Sabah kepada Dr Justin.
SEORANG penyelidik dari Sabah, Prof Dr Justin Sentian, akan menjadi saintis negara pertama melaksanakan penyelidikan musim sejuk di Antartika.

Mengucapkan tahniah kepada saintis kelahiran Ranau itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Justin akan mengibarkan bendera Sabah bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac ini di Stesen Pangkalan Profesor Julio Escudero di Pulau King George.

Advertisement
Beliau berkata saintis atmosfera kutub dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akan menjalankan penyelidikannya bertajuk ‘Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika Dalam Keadaan Cuaca Melampau’.

“Antartik adalah titik yang baik dan tepat untuk memerhatikan perubahan iklim antara lain. Penemuan perubahan kecil variasi di sana dalam keadaan awal boleh membawa kepada variasi berskala besar kepada dunia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berbangga untuk berkongsi peluang hebat ini sebagai saintis Malaysia pertama untuk membawa bendera kita ke Antartika. Saya harap usaha simbolik ini akan memberi suntikan motivasi kepada penyelidik lain, khususnya generasi muda di Sabah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang khususnya sains,” katanya dalam kenyataan pada 10 Mac.

Ketua Menteri itu berkata penyelidikan Justin mendapat kerjasama daripada Universiti Santiago, Chile, dengan sebahagiannya dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) selama tiga tahun bermula 2023.
Advertisement
Kerjasama penyelidikan dengan Universiti Santiago adalah untuk meningkatkan pembangunan kapasiti penyelidikan, terutamanya pada pemodelan kimia atmosfera dan rangkaian penyelidikan akademik dan saintifik di peringkat antarabangsa.

“Penyelidikan kali ini bukan usaha pertama Justin di Antartika. Beliau pernah berada di lokasi tersebut selama tiga bulan semasa program penyelidikan musim panas pada 2018,” katanya, dan menambah, YPASM akan mengadakan majlis selamat jalan kepada Justin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mac.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here