Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan tekad basmi kemiskinan di Kota Marudu: Menteri
Published on: Friday, March 24, 2023
Published on: Fri, Mar 24, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan tekad basmi kemiskinan di Kota Marudu: Menteri
HENDRUS bersama penerima sumbangan peralatan pertanian pada majlis itu.
KOTA MARUDU: Kerajaan pada hari ini bertekad untuk membawa Kota Marudu keluar daripada antara lima daerah termiskin di negara ini melalui pelbagai inisiatif, termasuk Projek Agropolitan Gana, di sini.

Namun, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak berusaha keras meskipun kerajaan telah menyediakan lot-lot tanaman getah yang kini boleh ditoreh oleh peserta skim tersebut.

Advertisement
Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Hendrus Anding berkata, projek tersebut merupakan salah satu projek diwujudkan khas untuk penduduk Skim Grid Gana bagi pembasmian kemiskinan. Ia dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dikendalikan oleh kementeriannya melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

“Saya tahu warga Kampung Gana telah terlibat langsung dari awal penanaman sehingga ladang getah ini matang. Saya sangat bangga dengan kesungguhan anda semua.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penantian selama enam tahun menunggu kematangan pokok yang ditanam, akhirnya tercapai apabila pokok getah yang kita jaga bersama sudah boleh ditoreh. “Dengan adanya projek ini, peserta akan memperoleh sumber pendapatan tetap setiap bulan. Kemenjadian program ini tentunya bakal merubah taraf hidup 450 KIR (ketua isi rumah) Penempatan Skim Grid Gana.

Advertisement
Dalam ertikata lain, kejayaan Agropolitan Gana ini bakal mengeluarkan 450 KIR daripada senarai e-Kasih Daerah Kota Marudu.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lembaga Industri Getah Sabah atas usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pekebun kecil getah, terutama dalam aspek membangunkan tanah-tanah milik pekebun kecil sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah.

Advertisement
“Saya juga berharap pihak Lembaga dapat menambah peruntukan untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan kebun LIGS yang telah diserahkan kepada pekebun selepas tempoh matang,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah,  Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah 1, bagi merasmikan Majlis Pelancaran Penorehan Getah Projek Agropolitan Fasa 1 di Ladang Fasa 1 Agropolitan Gana, Kota Marudu.

Sementara itu, Hendrus yang juga Adun Tandek berharap Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus membantu rakyat di Gana, khususnya menaiktaraf jalan-jalan antara blok perumahan yang masih amat daif. Selain itu, Hendrus juga mengesa pihak LIGS meneruskan perbincangan bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk mencari mekanisma bagi menaikkan harga belian getah, yang selalu menjadi keluhan dan rungutan penoreh getah.

Hadir sama dalam majlis ini Setiausaha Bahagian Tanah dan Wilayah Rezal Zaidi yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Ramlan Harun; Pengerusi LIGS Datuk Edward Linggu; Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan 1) Tinah Maralin, dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Majawab Masantun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here