Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ramai rakyat miskin di Sabah tiada dalam senarai eKasih
Published on: Saturday, March 25, 2023
Published on: Sat, Mar 25, 2023
Text Size:
Text:
Ramai rakyat miskin di Sabah tiada dalam senarai eKasih
Riduan berkata beliau menerima aduan daripada pemohon yang layak bahawa mereka perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kelulusan permohonan eKasih.
Kota Kinabalu: Masih ramai rakyat miskin di Sabah khususnya di Tenom yang tidak tersenarai dalam Bank Data Kemiskinan Negara (eKasih), kata Ahli Parlimen (MP) Tenom Riduan Rubin.

Riduan berkata beliau menerima aduan daripada pemohon yang layak bahawa mereka perlu menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kelulusan permohonan eKasih.

Advertisement
Menurutnya, apa yang lebih mengecewakan ialah beberapa permohonan mereka ditolak setelah menunggu bertahun-tahun tanpa sebarang alasan dinyatakan permohonan ini ditolak.

“Saya sendiri telah melawat dan berjumpa dengan mereka (pemohon eKasih) dan mendapati mereka sangat miskin dan memerlukan bantuan daripada kerajaan dengan segera,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, adalah penting untuk mereka (rakyat termiskin yang layak) mendapat kelulusan daripada kementerian berkaitan kerana sekiranya permohonan diterima sudah tentu memudahkan mereka memohon bantuan lain seperti rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Miskin. (PPRT), bantuan kebajikan dan rawatan di hospital.”

Beliau berkata demikian pada perbahasan peringkat jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, Khamis.

Advertisement
Riduan berkata, dalam beberapa siri lawatan kerja di kawasan Tenom, beliau mendapati sedih melihat ada di antara mereka yang meninggal dunia berikutan ketidakmampuan untuk membayar kos rawatan di hospital bagi penyakit kronik yang dihidapi.

Justeru, beliau menggesa sistem pangkalan data eKasih dipertingkatkan supaya dapat mengenal pasti lebih banyak data mikro supaya lebih tepat dan mampu mengenal pasti individu yang benar-benar memerlukan bantuan untuk mengelak keciciran.

Advertisement
Katanya, penstrukturan semula sistem eKasih juga perlu dilakukan supaya lebih bersepadu dan kaedah kelulusan ditambah baik.

“Setiap peringkat kepimpinan khususnya ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu terlibat secara aktif dalam mengenal pasti individu yang layak disenaraikan dalam sistem eKasih supaya tidak ada individu yang memerlukan diketepikan.

“Saya berharap kriteria kelulusan sedia ada akan dikaji semula oleh pihak berkuasa memandangkan terdapat ramai pemohon yang layak tetapi hak mereka dinafikan.”

Riduan turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membantu golongan ibu tunggal kerana mereka adalah antara golongan masyarakat yang mudah terjejas akibat perubahan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here