Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua didakwa lupus 4WD curi
Published on: Saturday, March 25, 2023
Published on: Sat, Mar 25, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua didakwa lupus 4WD curi
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang subahat yang masih bebas. Pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melupuskan sebuah kenderaan empat roda (4WD) curi bernilai RM160,000 baru-baru ini.

Ali Rosli Baru, 36, dan Mohd Raqib Abdul Karim, 39, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan melupuskan sebuah Nissan Navara hitam dicuri di Taman Nelly, Lorong Buah Pala, Inanam antara 7 pagi dan 8 pagi, 8 Mac lalu.

Advertisement
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang subahat yang masih bebas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inspektor Kelvan Elson Main, mencadangkan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin dan memohon untuk tertuduh melapor diri kepada pegawai penyiasat dua minggu sekali.

Peguam Nelson Angang yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan rendah atas sebab mereka menganggur.

Advertisement
Lovely menetapkan 28 April untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan tertuduh dengan jaminan RM1,500 dan dua penjamin setiap seorang.

Di mahkamah lain, seorang pelayan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana menyimpan telefon bimbit curi bernilai RM5,699.

Advertisement
Emran Amir Bangsa, 20, mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun atas tuduhan menyimpan Samsung Galaxy S23 Ultra dicuri milik Chean & Yong Sdn Bhd pada jam 7.50 malam 18 Mac di Restoran CFC Gaya Street, Jalan Gaya, di sini.

Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa gajet itu dilaporkan dicuri dari bilik pameran sebuah kedai di pusat beli-belah Imago pada 10 Mac.

Emran yang tidak diwakili memohon hukuman ringan dan memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai seorang anak berusia sembilan bulan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kes seorang pelayan bar yang didakwa mengedar dadah telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Jessica membuat perintah itu berhubung kes Chong Jia Zhen berikutan permohonan pihak pendakwaan supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Chong, 22, didakwa mengedar 787.7 gram syabu pada 1.30 pagi 26 Okt 2022 di sebuah unit di Beverly Hills Fasa 3, Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

Chong, yang diwakili peguam Ram Singh, diperintah untuk direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan untuk diikat jamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here