Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Mother’s Day Walk Abreast warnai KK 7 Mei ini
Published on: Sunday, March 26, 2023
Published on: Sun, Mar 26, 2023
Text Size:
Text:
Mother’s Day Walk Abreast warnai KK 7 Mei ini
NOORLIZA (kelima dari kiri) menerima cenderahati daripada Lucilla (empat dari kiri) semasa kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Kinabalu Pink Ribbon (KPR) bakal mewarnai Bandaraya ini dengan merah jambu sekali lagi dengan pelancaran acara Mother’s Day Walk Abreast ke-11 di Padang Merdeka pada 7 Mei.

Presiden Persatuan, Datin Lucilla Pang mengetuai delegasi ahli Exco KPR dalam kunjungan hormat kepada Mayor Datuk Noorliza Awang Alip untuk memberi taklimat kepadanya mengenai persiapan KPR untuk acara tersebut.

Advertisement
Lucilla berkata acara berjalan kaki tahunan itu bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kanser payudara dalam kalangan orang ramai dan mengumpul dana untuk kegiatan masyarakat persatuan.

Penaung KPR, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni dijangka menyerikan acara itu dan mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki 5km seperti yang beliau lakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengerusi penganjur Annie Chin berkata KPR menjangkakan kehadiran kira -kira 2,000 orang dan mempelawa orang ramai untuk mengambil bahagian dan mendaftar awal untuk acara itu.

Beliau berkata beg cenderamata menarik akan diberikan kepada peserta, sementara hadiah wang tunai menanti peserta berpakaian paling merah jambu dan paling kreatif di samping hadiah cabutan bertuah.

Advertisement
Lebih penting lagi, Annie berharap orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dan memberi galakan kepada pesakit kanser payudara untuk terus memegang harapan dan tidak pernah berputus asa.

Annie berkata satu lagi kempen kutipan dana ialah “Go Bald for Charity” di mana individu boleh membotakkan kepala mereka sebagai tanda sokongan bagi pesakit kanser dan keluarga mereka.

Advertisement
“Anda boleh membantu dengan mendapatkan sumbangan daripada keluarga dan rakan anda dengan mencukur rambut anda.

“Untuk mendaftar, lawati kami (di laman Facebook) Sabah Kinabalu Pink Ribbon atau e-mel kepada kami di kinabalupinkribbon@gmail.com,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here