Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
20 individu dikompaun merokok di kedai makan, hospital
Published on: Sunday, March 26, 2023
Published on: Sun, Mar 26, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
20 individu dikompaun merokok di kedai makan, hospital
Johari turut menasihati orang awam agar mengambil berat dan cakna terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, khususnya larangan merokok di kawasan larangan merokok. - Gambar hiasan daripada Verywell Health
SANDAKAN: Seramai 20 individu yang ingkar dengan larangan merokok di kedai makan dan hospital dikompaun dalam operasi pada Jumaat lalu.

Operasi itu dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Advertisement
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Johari Awang Besar, pemeriksaan dijalankan oleh 10 Penolong Kesihatan Persekitaran di sekitar Bandar IJM, Bandar One Avenue, Bandar Midtown, Bandar Maju dan Hospital Duchess of Kent, di sini.

Pihaknya memeriksa 56 premis dan mengeluarkan 24 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM6,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 notis kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dikeluarkan kepada individu yang merokok di kedai makan.

“Enam notis lagi dikeluarkan bagi kesalahan merokok di hospital, di bawah Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Advertisement
“Manakala empat notis kesalahan di bawah Peraturan 12(1)(b) dikeluarkan kepada pemilik premis kedai makan kerana gagal memastikan tiada orang merokok di dalam premis,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Johari turut menasihati orang awam agar mengambil berat dan cakna terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, khususnya larangan merokok di kawasan larangan merokok.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here