Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita maut, empat lagi cedera nahas jalan raya di Papar
Published on: Monday, March 27, 2023
Published on: Mon, Mar 27, 2023
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Wanita maut, empat lagi cedera nahas jalan raya di Papar
Kenderaan yang terbabas ke lorong bertentangan.
PAPAR: Seorang wanita berumur 35 tahun maut di tempat kejadian manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Gana di Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian jam 5.30 petang itu berlaku apabila kereta Honda HR-V yang dipandu seorang lelaki berumur 37 tahun dari arah Kota Kinabalu ke Beaufort, gagal dikawal.

Advertisement
“Kenderaan itu merempuh sebelah kanan jalan sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum terbalik. Mangsa yang merupakan isteri pemandu tercampak kira-kira 17 meter dari kenderaan itu.

“Akibat kejadian itu, wanita itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Papar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kamaruddin berkata, mayat itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat manakala mangsa lain yang terdiri daripada pemandu, ibu kepada pemandu dan dua anak dikejarkan ke hospital untuk rawatan perubatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Sementara itu, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat terdiri daripada 13 anggota diketuai Pegawai Kanan Dahlan Jainudin bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada jam 5.47 petang.

Menurut jurucakap jabatan itu, kelima-lima mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam sebelum pasukan itu tiba.

Advertisement
Sebaik tiba, beliau berkata pasukan itu melakukan rawatan pertolongan cemas terhadap pemandu, seorang warga emas dan dua kanak-kanak sebelum menghantar mereka ke hospital untuk penilaian lanjut.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Tracy Wong. Pasukan itu menjalankan operasi pembersihan yang berakhir pada jam 7.19 malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here