Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pertama kali berlaku sejak sekian lama: Pekan Sipitang dilanda banjir
Published on: Monday, March 27, 2023
Published on: Mon, Mar 27, 2023
By: Ahmad Apong, Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Pertama kali berlaku sejak sekian lama: Pekan Sipitang dilanda banjir
KEADAAN banjir kilat di kawasan lorong Cempaka (kiri) dan PENDUDUK di Kg Muhibbah memindahkan barangan elektrik apabila rumah mereka dimasuki air banjir.
SIPITANG: Sebahagian kawasan pekan Sipitang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan, pada Sabtu.

Hujan yang turun sejak jam 7 petang hingga 10 malam mengakibatkan banjir kilat di pekan Sipitang yang disifatkan baru pertama kali berlaku sejak sekian lama.

Advertisement
Antara kawasan yang dinaiki air ialah kawasan berhampiran padang Majlis Daerah Sipitang (MDS), Lorong Bunga Raya dan Lorong Cempaka.

Simpang masuk ke Kg Muhibah juga ditenggelami air dan sebuah rumah konkrit yang baru dibina di simpang itu turut dimasuki air.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, bekalan elektrik terputus di Kampung Muhibah, Mesapol dan Kampung Melalia kira-kira jam 9 malam pada hari sama akibat kayu tumbang di kawasan Tunggul Tinggi.

Bekalan elektrik hanya dapat dipulihkan kira-kira jam 11.50 malam manakala tinjauan Harian Ekspres di pekan Sipitang pada jam 12 tengah malam mendapati air telah surut sepenuhnya di kawasan pekan.

Advertisement
Tinjauan juga mendapati air banjir sehingga paras lutut melanda Taman Muhibbah. Turut terjejas adalah Kg Lukutan dan Kg Bukit Setia. Sementara itu, seorang penduduk Adnan Suhut berkata banjir bermula dari Bestamart, padang futsal dan persekitaran pejabat perpustakaan hingga ke perhentian bas.

Advertisement
Dia mendakwa banjir berpunca dari sistem peparitan atau longkang yang tidak sempurna sehingga menyebabkan air melimpah.

“Seingat saya sebelum ini pekan ini tidak pernah dilanda banjir. Oleh itu, saya menggesa Majlis Daerah agar mencari punca banjir dan sama ada ia berpunca Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Calvin Joe Jaefrey ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir kilat tersebut.

“Bagaimanapun, kami tetap dalam keadaan bersiap siaga membantu mangsa yang terjejas banjir jika kami diperlukan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here