Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
TVET hasilkan moda insan cemerlang, berkualiti
Published on: Tuesday, March 28, 2023
Published on: Tue, Mar 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
TVET hasilkan moda insan cemerlang, berkualiti
TUANKU Syed Faizuddin (tengah) berkenan bergambar bersama sebahagian pelajar Politeknik Sandakan sempena lawatan itu. – fotoBERNAMA
SANDAKAN: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan gabungan ilmu dan kemahiran tinggi yang dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang serta berkualiti, seterusnya melahirkan banyak peluang yang mengubah kehidupan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda hasrat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk mentransformasi politeknik dan kolej komuniti diharapkan dapat direalisasikan.

Advertisement
“Pembangunan modal insan ini penting dalam mendepani cabaran pada masa akan datang bagi melahirkan keperibadian rakyat yang unggul.
“Justeru, berikut antara perkara yang perlu diberikan perhatian - prasarana kondusif, peningkatan kemajuan sektor pertanian, usaha kajian dan inovasi bidang pertanian, serta saranan pelajar menggunakan peluang menyerlahkan potensi diri sendiri,” titah baginda ketika merasmikan Program Titian Kasih di Politeknik Sandakan dekat sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan Pusat Kajian dan Akuakultur Politeknik Sandakan.

Program Titian Kasih, yang dianjurkan sempena Eksesais Kerajaan Perlis-Sabah (Eks Perbah), merupakan program pembangunan modal insan melibatkan pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Advertisement
Baginda turut berkenan merasmikan program serupa di Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini, dan berkenan merasmikan perpustakaan fakulti itu serta menyaksikan majlis menandatangani surat niat antara UMS dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bagi mengembangkan kerjasama dalam bidang pertanian dan agroteknologi lestari.

Surat niat itu ditangani oleh Naib Canselor UMS Datuk Dr Kasim Mansor dan Naib Canselor Unimap Datuk Dr Zaliman Sauli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here