Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
10 gerai, surau musnah dalam kebakaran berasingan
Published on: Thursday, March 30, 2023
Published on: Thu, Mar 30, 2023
By: Patimang Abdul Ghani, Clarence Dol
Text Size:
Text:
10 gerai, surau musnah dalam kebakaran berasingan
GERAI yang terbakar di Kota Marudu.
KOTA MARUDU: Sepuluh lot gerai, termasuk sebuah gerai perkhidmatan membaiki mesin dan alat-alat menjahit, di Kampung Langkon, dekat sini, musnah terbakar pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah bagaimanapun berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Advertisement
Beliau berkata 12 anggota berserta sebuah lori tangki, dua buah jentera dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 petang.

“10 lot gerai jenis kekal terbakar 70 peratus apabila pasukan Bomba tiba dan mereka bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran dua pancutan 200 kaki, dengan sumber air dari tangki jentera dan pili Bomba berdekatan,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Jakri Bahar itu terkawal pada jam 4.37 petang, dan operasi ditamatkan pada jam 5.45 petang selepas memastikan tiada bahaya lain.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran surau di Ranau.

Advertisement
Sementara itu, di RANAU, sebuah surau sekolah tahfiz terbakar dekat sini pada petang Selasa, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan. Ketua BBP Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Sekolah Pondok Tahfiz Bidayahtul Hidayah, Kg Kundasang Lama, Ranau kira-kira jam 4 petang.

“Panggilan diterima menerusi MERS999 pada jam 4.27 petang dan 11 anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBKII Becket Gumat dikejarkan ke lokasi yang terletak 18km dari balai.

Advertisement
“Setibanya di lokasi, kami mendapati surau separuh kekal milik sekolah itu 80 peratus terbakar.

“Kami memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua sumber air pancutan dari jentera bomba,” katanya.

Ridwan berkata laluan masuk ke lokasi itu sempit dan jentera bomba tidak dapat masuk sehingga lokasi tepat bangunan terbakar.

“Sumber air terbuka (kolam atau sungai), terletak berhampiran sangat cetek. Pihak bomba terpaksa membuat takungan air sungai sejauh 500 meter dari lokasi bagi mendapatkan bekalan air.

“Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada 5.30 petang sebelum tamat pada 7.27 malam,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here