Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lembaga Bandaran Kudat muncul antara yang terbaik di seluruh negara
Published on: Thursday, March 30, 2023
Published on: Thu, Mar 30, 2023
Text Size:
Text:
Lembaga Bandaran Kudat muncul antara yang terbaik di seluruh negara
DR. JOACHIM (depan, enam dari kiri) bersama dengan Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat serta tetamu yang hadir pada upacara angkat sumpah itu.
KUDAT: Lembaga Bandaran Kudat diharap dapat meneruskan kecemerlangan sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kejayaan Lembaga Bandaran Kudat adalah sesuatu yang amat membanggakan bukan sahaja kepada penduduk daerah ini tetapi juga di Sabah.

Advertisement
Antara pencapaian terbaik Lembaga Bandaran Kudat ialah menerima Anugerah Sijil Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPBPBT) dengan meraih lima bintang serta mendapat kedudukan nombor 33 di Malaysia dan nombor satu di Sabah, menyandang tempat ketiga Kategori Daerah Seluruh Malaysia melalui SPBPBT, Pihak Berkuasa Tempatan terbaik bagi Kriteria Pengurusan melalui SPBPBT dan Berkuasa Tempatan terbaik bagi Kriteria Pengurusan Pelanggan melalui SPBPBT.

Selain itu, Lembaga Bandaran Kudat juga pernah memegang gelaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik bagi Kriteria Penyertaan Komuniti & Pandangan Penduduk melalui SPBPBT yang mana ia adalah antara lima terbaik di Malaysia menerima Anugerah Apresiasi Khas 2022, Bandar Keluarga Bahagia Kudat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita sangat berbangga dengan pencapaian Lembaga Bandaran Kudat kerana mampu bersaing dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih besar dan maju daripada kita.

“Ahli Lembaga perlu bekerja keras untuk mengekalkan pencapaian yang telah dikecapi,” kata Dr Joachim ketika merasmikan Majlis Upacara Angkat Sumpah Ahli Lembaga Bandaran Kudat bagi sesi Januari 2023-Januari 2025 yang diadakan di Grand Ballroom, Marina Resort Kudat, di sini, Selasa.

Advertisement
Terdahulu, Dr Joachim berkata, Ahli Lembaga Bandaran Kudat yang dilantik juga perlu mempunyai mentaliti berasaskan perniagaan supaya mereka juga dapat membantu Lembaga Bandaran Kudat untuk menjana pendapatan yang lebih.

“Lantikan ini bukan satu keistimewaan malah ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab penting untuk membantu penduduk di Kudat,” katanya, sambil menambah Kementerian berharap Ahli-ahli Lembaga akan terus komited dan amanah serta bekerjasama dalam menjalankan tugas dalam tempoh masa dua tahun ini.

Advertisement
Sementara itu, Pesuruhjaya Lembaga Bandaran Kudat, Rusdi Belun berkata, semua ahli perlu memainkan peranan yang besar dalam menjadikan daerah Kudat sentiasa kekal indah, bersih, lebih hijau, lebih selamat dan sentiasa membangun mengikut peredaran waktu.

Katanya, pelantikan ini bukan peluang untuk memenuhi kepentingan diri sendiri, rakan-rakan atau ahli keluarga masing-masing.

“Tanggungjawab dan amanah semua ahli adalah berat dan sangat penting untuk masa depan daerah Kudat. Ahli-ahli Lembaga perlu terus peka kepada keperluan dan kepentingan awam serta bertangungjawab untuk menyumbang idea dan kepakaran dalam memaju dan meningkatkan mutu perkhidmatan Lembaga Bandaran Kudat,” ujarnya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih; Adun Tanjung Kapor, Chong Chen Bin @ Ben Chong; Adun Banggi, Mohammad Mohammarin; Adun Matunggong, Datuk Julita Majungki, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Stanley Chong; dan Pegawai Eksekutif Lembaga Bandaran Kudat, Mumin Amsah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here