Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC berdepan masalah kecederaan
Published on: Friday, March 31, 2023
Published on: Fri, Mar 31, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC berdepan masalah kecederaan
Kim Swee memantau anak buahnya ketika sesi latihan Selasa lalu. – Gambar ihsan Sabah FC
Kota Kinabalu: Sabah FC berdepan masalah kecederaan menjelang pertembungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata Telmo Castanheira,
Advertisement
Saddil Ramdani, Jailton Paraiba yang menjadi pilihan pertama sejak permulaan musim baharu dan pemain tetap musim lalu Gary Steven Robbat, berlumba dengan masa untuk cergas bagi perlawanan itu.

“Keempat-empat pemain masih cedera dan keputusan muktamad sama ada untuk menurunkan mana-mana daripada mereka hanya akan dibuat sebaik sahaja kami menerima laporan perubatan terkini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga berkata penyerang Nigeria, Jacob Njoku yang menyertai pasukan dari Kelantan United pada awal musim masih belum cergas sepenuhnya.

“Njoku masih belum menunjukkan prestasi sebenar setakat ini dan ini berkemungkinan disebabkan kekurangan masa bermain. Dia mungkin akan bermain dalam Piala MFL dan dari situ saya akan menilai keadaannya. Kami percaya dengan lebih banyak minit permainan prestasinya pasti akan bertambah baik.

Advertisement
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, musim masih awal dan kita tidak perlu tergesa-gesa, apa yang penting bagi saya ialah semua pemain mesti kuat dari segi mental,” katanya.

Beliau menambah bahawa kecergasan Darren Lok, Daniel Ting, Dominic Tan, Stuart Wilkin dan Damien Lim, yang terlibat dalam aksi persahabatan kebangsaan menentang Hong Kong dan Turkmenistan juga akan diambil kira sebelum menamakan kesebelasan utama.

Advertisement
“Mereka sangat penting kepada skuad. Kehadiran mereka pastinya akan menguatkan lagi pasukan. Bagaimanapun, kami perlu memastikan tahap kecergasan mereka kerana ada yang bermain dalam kedua-dua perlawanan.

“Tidak dinafikan JDT adalah pasukan pilihan tetapi kami akan cuba memberikan tentangan yang baik dan saya harap pemain dapat memberikan yang terbaik untuk mengekalkan momentum,” katanya.

Sabah FC masih belum tewas musim ini selepas lima perlawanan dengan mengumpul 13 mata daripada empat kemenangan dan satu seri.

Mereka hanya ketinggalan dua mata di belakang JDT FC di tangga kedua dalam carta yang mengandungi 14 pasukan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here