Kota Kinabalu: Raisin Saidin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah baharu, menggantikan Datuk Tah Nia Jaman. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Pendidikan.
Raisin membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada Khamis.
“Saya berharap Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Raisin akan terus membantu Kerajaan Negeri dalam usahanya untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di Sabah,” kata Ketua Menteri.
Raisin diiringi pegawai kanan dari Jabatan Pendidikan Negeri.