Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
542 PTI warga Filipina diusir pulang dari Sandakan
Published on: Friday, March 31, 2023
Published on: Fri, Mar 31, 2023
Text Size:
Text:
542 PTI warga Filipina diusir pulang dari Sandakan
Sekitar proses penghantaran pulang PTI itu.(Gambar JIM Sabah).
SANDAKAN: Seramai 542 warga Filipina diusir pulang ke negara asal mereka dari sini, pada petang Rabu.Ini dibuat menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) Siri 8 untuk kategori usir melalui laut bagi 2023, yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah).

Advertisement
Daripada jumlah itu, terdapat 422 lelaki dan 92 wanita berusia antara 13 hingga 78 tahun, serta 24 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan empat kanak-kanak 23 bulan ke bawah.

Kanak-kanak terbabit bersama ibu, bapa dan penjaga masing-masing.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesemua warga asing itu dihantar pulang dengan menggunakan Feri MV Antonia 1 dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, operasi pemindahan ini merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh negeri Sabah.

Advertisement
“Penghantaran tahanan PTI kali ini hanya melibatkan tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Tawau sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Tambahnya, kesemua PTI yang ditahan di depot Imigresen itu telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963, membawa kepada tindakan pemindahan keluar dari negara.

Advertisement
Saleha menjelaskan, JIM Sabah komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI ini setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara, dan setelah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing.

Sementara itu, Saleha menegaskan, semua warga asing perlu memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja terlebih dahulu sebelum masuk ke Malaysia, dan tidak melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here