DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memotong tumbuhan di sekitar beberapa rumah kedai di sepanjang Jalan Chong Thian Vun di Ibu Negeri awal minggu ini.
Agensi itu juga memantau keadaan pokok di kawasan lapang di sebuah kejiranan di Telipok.
Kakitangannya membuat pemeriksaan berkala di Lorong Putera Perdana 4C bagi memastikan pokok-pokok itu tidak menjadi bahaya awam atau menyebabkan kerosakan harta benda kepada pembayar kadar di sana.
Tindakan ini dibuat susulan DBKK dikritik berhubung kekurangan penyelenggaraan kawasan umum di lokasi ini.
Jurucakap Jabatan Landskap agensi itu berkata beberapa tumbuhan tidak diingini – termasuk tumbuhan menjalar – telah dikesan pada beberapa jejulur dan di sepanjang bahagian luar perpaipan, semasa pemeriksaan di rumah kedai berkenaan di Bandaraya.
SISA-SISA tumbuhan dimuatkan ke dalam trak terbuka yang mengiringi pasukan itu.
Dia berkata rumpai tumbuh subur pada cecair yang bertakung di dinding dan yang menitis ke bawah atau bocor dari paip ini.
“Menjadi tanggungjawab pemilik untuk membaiki lekapan yang keluar dari unit masing-masing,” katanya.
“Kegagalan mereka untuk melakukannya menimbulkan gangguan yang ditimbulkan oleh tumbuhan yang tidak diingini ini.”
Dia berkata tujuh anggota Unit Pemangkasan Pokok (TPU) DBKK kembali untuk membersihkan tumbuhan ini tidak lama selepas pemeriksaan awal.
Sebuah jentera ‘skylift’, yang boleh ditinggikan sehingga 15 meter, digunakan untuk memudahkan usaha ini, menurutnya.
“Mereka mengalihkan tumbuhan yang boleh dicapai dan mana-mana sistem akarnya tidak terlalu tertanam di dalam konkrit.
“Kami tidak mahu merosakkan bangunan secara tidak sengaja apabila rumpai dicabut.”
Jurucakap itu menegaskan kerja ini dijalankan sebagai bantuan “sekali sahaja” atas dasar kemanusiaan.
“Kami akan memaklumkan secara rasmi kepada pemilik untuk menjaga hartanah mereka dengan lebih baik supaya gangguan yang berpunca daripada rumpai ini tidak berulang.”
Sebelum menuju ke Jalan Chong Thian Vun, jurucakap itu berkata TPU berkenaan sudah menyelenggara kehijauan di sekitar kawasan lapang di Taman Putera Perdana.
Katanya, kakitangan Landskap mendapati pokok-pokok itu sudah berubah mejadi semak, dengan beberapa dahan menjulur ke kabel alian telefon di belakang rumah di sebelah tanah ini.
“Mereka cuba mencantas pokok menggunakan gergaji rantai tetapi usaha ini rumit kerana banyak dahan tidak dapat dicapai,” katanya.
Disebabkan ini, satu pasukan yang terdiri daripada tujuh kakitangan terpaksa membuat perjalanan kedua ke kejiranan berkenaan.
“TPU melakukan kerja yang lebih teliti kerana ‘skylift’ tersedia ketika itu.”
Katanya, DBKK akan meningkatkan usaha menyelenggara pokok itu pada masa hadapan bagi meminimumkan kesulitan yang dihadapi pembayar kadarnya di sana.
GEAR dari Telipok berkata pokok-pokok di luar halaman rumahnya di Taman Putera Perdana, semakin meninggi.
Dia mengakui perkara itu membuatkan dia tidak senang terutama ketika ribut atau angin kencang.
KAKITANGAN kontraktor TM cuba sedaya upaya dengan tangga dan parang yang mereka ada.
“Pokok-pokok itu bergoyang kencang dan saya khuatir dahannya mungkin patah dan gugur ke atas hartanah saya atau kabel TM di bawahnya,” katanya.
“Sekiranya kabel terputus, saya dan jiran saya pasti akan mengalami gangguan perkhidmatan Unifi kami.”
Gear mengemukakan aduannya kepada TM beberapa bulan lalu tetapi mendakwa tiada tindakan diambil.
Dia memberikan Hotline lokasi rumahnya. Ia kemudian dikemukakan kepada TM.
Jurucakap TM mengesahkan bahawa kabel talian atas itu adalah milik syarikat itu selepas dihubungi media.
“Salah seorang kontraktor kami diminta mencantas pokok yang paling hampir dengan tiang telefon kami,” katanya.
“Bagaimanapun, tidak banyak yang boleh dilakukannya dengan tangga dan parang yang dibawanya ketika itu.”
Dia berkata pekerja individu itu telah melakukan yang terbaik untuk memangkas dahan yang boleh mereka capai.