Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Imigresen Sabah tumpas sindiket palsukan dokumen permit masuk
Published on: Saturday, April 01, 2023
Published on: Sat, Apr 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Imigresen Sabah tumpas sindiket palsukan dokumen permit masuk
Sitti dan pegawai imigresen menunjukkan dokumen palsu yang dirampas.
Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga Khamis lalu.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata kesemua yang ditahan dalam operasi dua itu itu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 24 hingga 59 tahun.

Advertisement
“Kewarganegaraan kesemua individu berkenaan belum dikenal pasti kerana dokumen yang digunakan masih dalam siasatan dan peranan kesemua suspek juga sedang disiasat,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dalam operasi kira-kira 10.30 malam Rabu lepas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sembulan Lama, enam pegawai Unit Risikan Jabatan Imigresen Sabah menahan tiga lelaki dan dua wanita didapati memiliki permit masuk yang disyaki palsu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya antara barangan dirampas daripada mereka ialah 28 dokumen permit masuk, 16 dokumen surat arahan pembayaran permit masuk, 15 resit pembayaran permit masuk dan 28 borang permohonan Dokumen Orang Asing Khas (IMM13), yang kesemuanya disyaki palsu.

Sh Sitti Saleha berkata hasil soal siasat terhadap mereka, anggota JIM Sabah bertindak menyerbu kawasan Riverside Sembulan kira-kira 1 tengah hari Khamis lepas dan menahan seorang wanita.

Advertisement
“Pemeriksaan terhadap wanita itu menemukan 18 resit pembayaran Pendaftaran Kad Pengenalan MyKad yang disyaki palsu dan wang tunai sebanyak RM744. “Hasil siasatan lanjut terhadapnya, anggota JIM Sabah menggeledah sebuah rumah di sekitar Kuala Menggatal dan menemukan lapan resit rasmi pembayaran JIM, lapan surat arahan pembayaran permit masuk yang disyaki palsu, 15 borang permohonan kad pengenalan lengkap dengan gambar dan cap jari,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata sindiket berkenaan disyaki telah beroperasi sejak April 2022 dan mengaut keuntungan sekitar RM60,000 hingga RM100,000.

“Usaha sedang dilakukan bagi mengesan seorang lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini dan dipercayai berada di sebuah negeri di Semenanjung. Kita juga sedang menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada kes ini berkaitan dengan kes-kes yang berlaku di Sabah sebelum ini,” katanya.

Sh Sitti Saleha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 55D dan Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959/63 serta pihaknya akan terus komited mempergiat Ops Serkap dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan Imigresen yang berkuat kuasa. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here