Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua wanita seleweng minyak masak didenda RM10,000
Published on: Saturday, April 01, 2023
Published on: Sat, Apr 01, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua wanita seleweng minyak masak didenda RM10,000
Dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 22 (1) Akta 122 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja
TAWAU: Dua wanita masing-masing didenda RM10,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis kerana terlibat penyelewengan minyak masak paket.

Palwina Lattif, 35, seorang warga tempatan didapati menyimpan barang kawalan iaitu 288 unit minyak masak paket jenama Sayang dan 51 unit minyak masak paket jenama King.

Advertisement
Tertuduh mengaku salah di hadapan Rosli Ahmad bahawa dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kayu tidak bernombor di perumahan atas air di Kg Batu, Semporna pada 18 Mac 2023, jam 9.30 malam.

Manakala Tatah Barahim, pemegang dokumen IMM13 didapati menyimpan minyak masak paket cap Kuali sebanyak 357 kilogram (kg) di premis yang tidak dibenarkan pengawal bekalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tertuduh juga mengaku melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh yang sama pada jam 9.50 malam.

Dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 22 (1) Akta 122 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sementara itu, dua lagi tertuduh, Kadir Idris (pemegang dokumen IMM13) dan Nasir Kadir (tiada dokumen) mengaku tidak bersalah dan sebutan kes ditetapkan 15 Mei depan.

Anak-beranak itu didakwa menyimpan minyak masak paket jenama USB berjumlah 1,836kg, minyak masak Cap 3 Udang (1,054 kg), minyak masak jenama Sawit (17kg), minyak masak jenama Ekonomi LSE (1,326kg) dan 44 jerigen berisi minyak petrol (1,100 liter) di premis tidak dibenarkan.

Advertisement
Mereka ditahan di lokasi dan tarikh sama sekitar jam 9.30 malam bersama Palwina dan Tatah.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Semporna, Dr Jong Jee Leong tampil mendakwa, sementara Kadir dan Nasir diwakili peguam Jhasarry P. Kang, manakala Palwina dan Tatah tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here