Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Segera tangani prasarana sekolah kawasan Tenom: MP
Published on: Saturday, April 01, 2023
Published on: Sat, Apr 01, 2023
Text Size:
Text:
Segera tangani prasarana sekolah kawasan Tenom: MP
Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin
Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin menggesa Kementerian Pendidikan agar segera menangani masalah pembangunan prasarana sekolah di Tenom.

Katanya, prasarana sekolah yang baik penting bagi mewujudkan ekosistem pendidikan berkualiti kepada pelajar, sekali gus membantu melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sahsiah dan intelek.
Advertisement
Beliau berkata, antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan termasuk permohonan pembinaan sekolah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tomani.
Menurutnya, tapak sekolah seluas 30.62 hektar milik Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah dipersetujui dan sedang menunggu proses pengesahan tapak dan harga.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sekiranya harga tanah tersebut tidak memenuhi kriteria Kementerian, saya akan minta Pejabat Daerah Kecil Kemabong untuk mencari tapak lain yang sesuai. Paling penting ia jauh daripada ancaman banjir. “Pembinaan SMK Kuala Tomani ini penting bagi menangani kesesakan di SMK Kemabong di samping pelajar di kawasan tersebut terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 15 hingga 30 kilometer untuk ke SMK Kemabong,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Riduan juga meminta Kementerian Pendidikan membina dewan terbuka di sekolah-sekolah di Tenom yang belum mempunyai dewan serbaguna bagi tujuan aktiviti pelajar.
Advertisement
Selain itu, katanya, status permohonan lapan sekolah di Tenom yang terlibat dengan bencana banjir besar pada tahun lalu juga memerlukan perhatian segera oleh kerajaan.

Antaranya ialah permohonan perpindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Kalang Kanar ke tapak baharu atas sebab status risiko sering dilanda banjir kerana terletak berhampiran sungai. Kedua, permohonan gantian sekolah daif melibatkan SK Ladang Sapong di mana sekolah itu terlalu daif dan juga sering dilanda banjir sehingga lebih beberapa kali semusim.

Beliau mencadangkan sekolah itu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat daripada banjir memandangkan bangunan sedia ada adalah bangunan kayu.

“Bangunan kayu untuk bilik guru dengan ketinggian lebih 5 kaki pun sering dinaiki air dan banyak harta benda rosak, termasuk komputer apabila sekolah itu dilanda banjir,” tambahnya.

Riduan juga meminta agar permohonan penyelenggaran bangunan kayu SK Inubai yang mengalami banyak kerosakan akibat banjir, SK Gumisi yang tidak selamat kerana lokasinya dikelilingi sungai besar yang menyebabkan banjir besar.

Selain itu, beliau meminta permohonan perpindahan SK Melalap ke tapak baharu di Pekan Baharu Melalap kerana terpaksa berkongsi tapak dengan SJKC Vun Shin, dan cadangan perpindahan SK Kemabong ke tapak baharu seluas 7 ekar, dipercepatkan. Menurutnya, permohonan sumbangan bantuan bagi Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Tenom untuk SJKC Pada, Tenom dan  SJKC Yuk Nam Paal, Kemabong. Beliau juga memohon pihak kementerian memberi perhatian kepada permohonan bina baharu rumah guru melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan dan SK Sumambu. Katanya, SK Sumambu merupakan sekolah kategori 3 yang berada jauh di pedalaman, selain merupakan zon bukit di kawasan DUN Kemabong, di mana guru tidak dapat tinggal di kawasan tersebut dan terpaksa ulang alik setiap hari menggunakan motosikal sehingga menyukarkan mereka untuk mengajar. Menyentuh Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, Riduan menggesa kementerian menyelesaikan isu bekalan air yang sering terputus di SMK Chinta Mata dan SMK Kemabong sehingga mengganggu sesi persekolahan. “Saya memohon agar jambatan gantung sedia ada di SK Melalap, SK Pangi dan SK Sumambu yang digunakan sebagai laluan pelajar untuk ke sekolah digantikan dengan jambatan konkrit agar ia lebih selamat, berkualiti dan tahan lasak untuk kegunaan seharian. “Contohnya laluan utama ke SK Sumambu pada ketika ini perlu merentasi sungai menggunakan kereta, jika musim banjir, guru-guru sukar melalui laluan tersebut. Begitu juga dengan Jalan ke SK Kolorok yang amat daif dan perlu dinaiktaraf.

“Walaupun projek jalan raya dan jambatan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, namun dengan sokongannya, permohonan rakyat Tenom akan mendapat keutamaan kementerian berkaitan,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here