Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu kanak-kanak ini dicari
Published on: Sunday, April 02, 2023
Published on: Sun, Apr 02, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Ibu kanak-kanak ini dicari
Penjaga di Pejabat Kebajikan Daerah Kota Belud, Norlidayu Peli berkata, Anis Nurr Zulaikha (gambar) berusia dua tahun empat bulan ditinggalkan ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen.
KOTA BELUD: Pejabat Kebajikan Daerah sedang mencari ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak yang diletakkan di bawah Perintah Jagaan Orang Layak dan Sesuai (OYLS) melalui perintah Mahkamah Kanak-Kanak Kota Belud.

Penjaga di Pejabat Kebajikan Daerah Kota Belud, Norlidayu Peli berkata, Anis Nurr Zulaikha berusia dua tahun empat bulan ditinggalkan ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen.

Advertisement
“Kes ini dirujuk oleh Haldiah Binti Amit beralamat di Kg Kaguraan Kota Belud yang merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi selepas kanak-kanak itu diserahkan kepadanya pada November 2021.

“Berdasarkan maklumat penjaga, ibu kandung itu bernama Norciema Zulkipli dan pernah bekerja sebagai pembantu rumah untuk Haldiah dari 2019 hingga 2022.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selepas menyerahkan kanak-kanak berkenaan, ibu kandung itu tidak pernah menuntut anaknya dan penjaga tidak tahu di mana ibu kandung itu berada,” katanya.

Pada masa ini, Norlidayu berkata kanak-kanak itu diletakkan sementara di bawah jagaan OYLS melalui Perintah Mahkamah mengikut peruntukan Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement
Beliau berkata kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Mei 2023.

Jabatan meminta kerjasama ibu kandung atau waris kanak-kanak itu untuk datang ke Jabatan Kebajikan Am Daerah Kota Belud atau menghubungi penjaga di 016-4006457 bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak itu.

Advertisement
“Ini bagi memberi maklumat yang boleh membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak itu, selain membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik untuk penempatan dan kebajikan kanak-kanak itu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here