Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Media main peranan sampaikan agenda kerajaan kepada rakyat: KM
Published on: Monday, April 03, 2023
Published on: Mon, Apr 03, 2023
Text Size:
Text:
Media main peranan sampaikan agenda kerajaan kepada rakyat: KM
Hajiji (kedua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sambil disaksikan yang lain.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peranan media antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM) penting untuk membantu menyampaikan maklumat dan agenda kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata agenda pembangunan kerajaan perlu disampaikan ke seluruh negeri agar setiap usaha yang sedang dan akan dilaksanakan diketahui oleh rakyat di negeri ini.

Advertisement
“Ini termasuklah insiatif pembangunan iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Kita mahu semua rakyat tahu maklumat yang terkandung dalam Halatuju SMJ ini.

“Saya berharap RTM sama ada menerusi siaran radio atau televisyen terus memberi maklumat yang terkandung dalam Halatuju SMJ, apa yang telah dan sedang dilaksanakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sabah Berselawat sempena sambutan Hari RTM ke-77 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini malam Sabtu lepas. Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, Aminah Samsudin Mohd.

Advertisement
Ketua Menteri berkata antara kejayaan terbaru dicapai oleh kerajaan negeri ialah memorandum persefahaman (MoU) antara Kumpulan Linaco dan Sawit Kinabalu bagi pembinaan sebuah kilang pemprosesan kelapa bersepadu bernilai RM200 juta di Langkon, Kota Marudu.

“Sabah juga telah merealisasikan pengambilalihan 50 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Samarang dengan termeterai perjanjian dengan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB),” katanya.

Advertisement
Mengenai majlis itu, Hajiji berkata ia sejajar dengan konsep Malaysia Madani, nadi penggerak masyarakat bertamadun dengan usaha perpaduan dan bersatu untuk memanfaatkan insaniah, ekonomi serta sosial.

Katanya, program Sabah Berselawat 2023 yang julung kali dianjurkan oleh RTM Sabah dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam.

Sementara itu, Aminah, berkata program Sabah Berselawat itu dibuat untuk diangkat sebagai Program Radio di lokasi RDL tahunan stesen SABAHfm dengan penglibatan lebih ramai jemputan termasuk pusat tahfiz dan orang ramai.

Beliau berkata program seumpama itu akan dapat merakyatkan RTM dan mengekalkan peranannya  sebagai stesen penyiaran unggul negara serta menjadi jenama nombor satu dalam bidang penyiaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here