Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Nelayan Filipina didakwa miliki racun tangkap ikan
Published on: Tuesday, April 04, 2023
Published on: Tue, Apr 04, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Nelayan Filipina didakwa miliki racun tangkap ikan
Kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 32 tahun didakwa memiliki racun dengan tujuan menggunakannya untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Miguel Ompad Amit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Advertisement
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa laporan kimia masih belum diperolehi.

Miguel didakwa memiliki dua bungkus racun untuk tujuan menangkap ikan dengan cara mudah pada jam 5 petang, 17 Mac tahun ini di dalam sebuah bot nelayan di Pulau Mengalum, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Mei tahun ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan tersebut.

Advertisement
Miguel yang memiliki pasport yang sah, dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM5,000 dan dua penjamin tempatan, dengan salah seorang penjamin tempatan itu mestilah majikannya.

Mahkamah turut memerintahkan Miguel melapor diri kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat seminggu sekali.

Advertisement
Terdahulu, Miguel yang tidak diwakili peguam meminta ikat jamin diberikan dengan mengatakan dia memiliki pasport sah dan telah menetap di negeri ini selama hampir sepuluh tahun, selain keluarganya juga berada di Kudat.

Majikannya juga akan menjadi penjaminnya.

Timbalan Pendakwa Raya APMM Nurun Nazifah Muhammad Iyen hadir untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here