Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan menyahklasifikasi laporan nahas Double Six. Laporan akhir didedah minggu depan: Anwar
Published on: Thursday, April 06, 2023
Published on: Thu, Apr 06, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan menyahklasifikasi laporan nahas Double Six. Laporan akhir didedah minggu depan: Anwar
Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Rabu. Turut keliihatan ialah (dari kiri) Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.
PUTRAJAYA: Laporan akhir siasatan nahas pesawat Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens bersama rombongan beberapa anggota Kabinet negeri yang terhempas di perairan Sembulan pada 1976, telah dinyahklasifikasi dan akan didedahkan kepada umum minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan berhubung tragedi yang turut digelar ‘Double Six’ kerana berlaku pada 6 Jun 1976 telah dinyahklasifikasi mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Advertisement
“Laporan penuh berhubung nahas Sabah Air akan dihebahkan kepada umum pada minggu depan melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira tuntutan oleh keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Anwar berkata pendedahan kepada umum berhubung laporan tersebut juga adalah selari dengan dasar keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Isu itu telah menimbulkan banyak persoalan dan keresahan kerana selepas 47 tahun tuntutan daripada rakyat Sabah untuk mengetahui apa hasil daripada pasukan penyiasat berhubung kemalangan tersebut.

Advertisement
“Selama ini, kerajaan tidak memutuskan untuk menghebahkan kepada umum,” katanya. Dalam kejadian tersebut, pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang dikendalikan Sabah Air membawa rombongan berkenaan yang dalam perjalanan dari Labuan terhempas di kawasan Sembulan, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.
Advertisement
Pada 8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk dinyahklasifikasi berhubung insiden tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here