Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Bina patung Mazu di lokasi lain: Perkasa
Published on: Thursday, April 06, 2023
Published on: Thu, Apr 06, 2023
Text Size:
Text:
Bina patung Mazu di lokasi lain: Perkasa
“Sekiranya benar kewujudan patung itu mampu menarik lebih ramai kemasukan pelancong ke Kudat, di mana pun ia dibina selain daripada kawasan itu tidak sepatutnya menjadi masalah,” ujar Madsah dalam kenyataan pada Rabu.
Kota Kinabalu: Senada dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah menggesa agar patung Mazu yang dicadang untuk dibina berhampiran dengan Masjid Daerah Kudat dipindahkan ke lokasi lain.

Menegaskan perkara itu, Yang Dipertua Perkasa, Madsah Awang Aman berkata pemimpin yang menyuarakan idea pembinaan patung itu terlebih dahulu patut meneliti bantahan yang dibuat masyarakat Islam di Kudat 17 tahun lalu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan keresahan mereka.

Advertisement
“Perkara ini sepatutnya tidak perlu timbul setelah kerajaan negeri pada 2011 pernah menawarkan lokasi lain bagi tujuan tersebut.

“Sekiranya benar kewujudan patung itu mampu menarik lebih ramai kemasukan pelancong ke Kudat, di mana pun ia dibina selain daripada kawasan itu tidak sepatutnya menjadi masalah,” ujar Madsah dalam kenyataan pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambah Madsah, kenyataan pemimpin yang dimaksudkan itu turut memberi gambaran kurangnya sensitiviti mereka terhadap kepentingan umat Islam di kawasan terbabit.

Beliau turut menyarankan mereka agar lebih berhati-hati pada masa hadapan sebelum menyentuh isu melibatkan kepentingan agama dan kaum lain di Sabah.

Advertisement
“Sebagai pemimpin di negeri yang berbilang kaum dan agama, sewajibnya kita berhati-hati sebelum melontarkan idea ataupun membahaskan isu yang berpotensi menimbulkan keresahan kaum dan agama lain. “Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan terus kekalkan keharmonian di negeri yang tercinta ini,” katanya.

Advertisement
Isu patung Mazu atau Dewi Laut kembali menjadi polemik susulan kenyataan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew mengenai keperluan untuk menyegerakan pembinaannya sebagai usaha meningkatkan keupayaan daerah Kudat menarik kemasukan pelancong.

Cadangan pembinaan patung itu mula diusulkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2005 di sebuah tanah milik sebuah persatuan sebelum dibatalkan kelulusan pembinaannya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Mei 2006 akibat bantahan daripada masyarakat Islam di daerah itu.

Kerajaan negeri pada tahun 2011 pernah menawarkan lokasi lain bagi pembinaan patung Mazu namun tidak mendapat sebarang maklum balas mengenainya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here