Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penantian 47 tahun berakhir, kata anak mangsa tragedi Double Six
Published on: Thursday, April 06, 2023
Published on: Thu, Apr 06, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Penantian 47 tahun berakhir, kata anak mangsa tragedi Double Six
Ketua menteri Sabah ketika itu Fuad Stephens bersama 10 yang lain termasuk menteri negeri terbunuh apabila pesawat GAF Nomad dinaiki terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Anak lelaki salah seorang mangsa pesawat terhempas pada 1976 di Sabah berharap laporan nahas itu yang dinyahklasifikasi akan menamatkan penantian waris mangsa terlibat.

Donald Peter Mojuntin, anak lelaki kepada menteri perumahan dan kerajaan tempatan Sabah ketika itu, Peter Mojuntin lega dengan pengumuman kerajaan bahawa laporan nahas dikenali sebagai “tragedi Double Six” akan dinyahklasifikasikan.

Advertisement
“Penantian yang panjang sudah berakhir. Keputusan kerajaan persekutuan hari ini ditunggu oleh keluarga mangsa hampir 47 tahun.

 “Kami berharap keputusan ini akan menamatkan semua ketidakpastian dan teori konspirasi yang menyelubungi nahas ini sejak empat dekad lalu,” katanya kepada FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Donald yang juga timbalan presiden Upko turut memuji kerajaan kerana “melakukan perkara yang betul” dan menambah Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengotakan apa dikatakannya mengenai ketelusan dan keterbukaan.

Beliau juga menggesa Putrajaya menarik balik larangan terhadap penerbitan dan pengedaran buku “The Golden Son of the Kadazan” yang berkisar kehidupan mendiang bapanya yang diharamkan sejak diterbitkan pada 1978.

Advertisement
“Kami tidak tahu sebab atau sebarang alasan munasabah untuk mengharamkan buku itu. Kami memohon perdana menteri dan Jemaah Menteri terus melakukan perkara yang betul.”

Buku itu ditulis Bernard Sta Maria, seorang ahli DAP dan bekas Adun Banda Hilir, Melaka pada Mei 1978. Ia diharamkan pada 22 Julai bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang sudah dimansuhkan.

Advertisement
Pada 2015, menteri dalam negeri ketika itu Ahmad Zahid Hamidi berkata, buku berkenaan adalah satu ancaman kepada kepentingan dan keselamatan negara kerana didakwa mengandungi kritikan melampau terhadap Putrajaya serta mengancam keharmonian antara penganut Islam dan Kristian.

Walaupun diharamkan, buku itu boleh diperoleh secara digital di internet. Selain menceritakan perjalanan Peter sebagai ahli politik Kadazan, ia juga menceritakan apa berlaku beberapa tahun sebelum nahas pesawat itu pada 6 Jun 1976.

Dalam tragedi itu, Fuad Stephens yang baru 53 hari mengangkat sumpah sebagai ketua menteri meninggal dunia bersama 10 yang lain termasuk menteri negeri apabila pesawat GAF Nomad dinaiki terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu.

Mereka yang maut termasuk menteri negeri Salleh Sulong, Chong Thien Vun dan Peter Mojuntin.

Susulan kejadian itu, pengeluar GAF Nomad Australia dan Jabatan Pengangkutan Australia melancarkan siasatan untuk membuktikan bahawa nahas bukan disebabkan oleh masalah mekanikal.

Siasatan selesai kira-kira empat bulan kemudian, tetapi laporan penuh tidak didedahkan kepada umum. Sebaliknya, ia diklasifikasikan bawah Akta Rahsia Rasmi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here